sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Wednesday, September 22, 2010

skizofrenia OKU??

entry kali ni bnayk berkisar tentang penyakit.... satu masalah yg jarang kita amik berat tentangnya... masalh mental yg mungkin dialami oleh setiap orang jika kita tidak mengetahuinya.... aku kini sedang dalam keadaan tertekan dengan pelbagai masalh yang timbul... kemudian ada ahli keluargaku yg menerangkan tentang satu penyakit yg dinamakan skizofrenia.. penyakit yang boleh menyerang setiap individu tanpa mengira faktor umor tahap pendidikan serta pekerjaan.

melalui pengalaman yang diperoleh hasil dari penagalaman aku sendiri mempunyai keluarga yang mempunyai skizofrenia memberikan aku kesedaran tentang erti menjaga kesihatan mental. skizofrenia adalah sejenis penyakit mental tetapi tidaklah diklasifikasikan gila (minta betulkan jika aku silap). sebaliknya ia akan datang bila terjadinya stress yang melampau yg menyebabkan pesakit gagal mengawal tingkah laku sehingga pesakit boleh melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak normal seperti mengamuk melampau, cakap perkara yang tidak logik dan masuk akal, suka berangan dan berimaginasi, sukar untuk tidur malam, dan bnyak lagi.

dari pengalaman aku, pesakit skizofrenia paling mudah dikesan bila pesakit mempunyai kesukaran untuk tidur malam. kemudian akan timbul pula idea-idea pelik dan bercakap perkara yang bukan-bukan seperti orang yang tidak siuman. hal ini tidak belanjutan lama. sebaliknya pesakit akan belaku norml kembali pada suatu ketika. diawalnya, tanda penyakit ini mungkin gagal dikesan. oleh hal yang demikian ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam mengetahui akan tanda penyakit ini.

menurut ayah aku setiap orang mempunyai masalh mental. cuma bagaimana setiap kita mengawal stress yang dihadapi. didalam otak manusia terdapat sejenis cecair yang dikeluarkan untuk mengawal diri kita juga tingkah laku. tetapi pesakit yang menghidap skizofrenia adalah disebabkan cecair yang berlebihan yang dikeluarkan oleh otak pengidap. kesannya seperti yang telah dinyatakan pesakit akan mendapat tanda-tanda yang telah aku nyatakan tadi.

dalam tahun ini hasil kesedaran bnyak pihak kementerian kesihatan telah mengklasifikasikan skizofrenia sebagai salah satu golongan yang dianggap sebagai Orang Kurang Upaya kerana pesakit yang mengidap penyakit ini gagal untuk menjalankan aktiviti harian secara normal. namun demikian pesakit masih boleh melakukan pekerjaan selagi ia tidak membuatkan pesakit menjadi tertekan yang melampau. 

ahli keluargaku telah cuba untuk mendaftarkan ahli keluarga yang mengidap skizofrenia ini. namun demikian permohonan ini telah ditolak oleh jabatan kebajikan masyarakat atas alasan tidak memenuhi syarat. 
kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman seperti ini boleh berkongsi apa-apa maklumat yang berkaitan permohonan OKU bg pengidap penyakit ini..

sama-samalah kita menjaga kesihatan mental.

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kesihatan mentel yg kene jaga...
:)

Unknown said...

ader byk syarat serta kelayakan untuk mendaftar oku.tgk kecacatan juga,sebagai kata awak,skizofrina boleh sembuh,mungkin jkm mengangap kecacatan itu sementara.