sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Wednesday, September 30, 2009

sebuah erti kehidupan..

salam syawal.. sudah berakhir ramadhan.. ramadhan yg sungguh bermakna,. membawa satu seribu mcm rahsia yg hanya aku dan DIA yg mengerti.. penuh cubaan dan pengalaman.. telah mengajar aku erti sebuah kehidupan dan nilai ape erti itu keredhaan... mungkinkah pada mlm itu lalilatul qadar ku??? hnya ALLAH yg maha tahu.. hampir selesai masalhku... cuba mmbawa diri bertenang dan menerima qada dan qadar tuhan.. sungguh lah bagai dikata lagi kuat ingin kita berubah.. lagi kuatlah kita diuji.. tapi ujian kali ni paling hebat sepanjng hidupku ini.. antara hidup dan mati dan msa depan aku yg bakal mnjelang...

huhuhu... ape yg aku merepek kan ni.. sekadar sebuah luahan perasaan buat kesekalian kali... biarlah aku je yg mengerti..

Thursday, September 10, 2009

heart song..

setinggi syukur ke atas ilahi disaat ini aku masih mengecapi nikmat ramadhan.. dan sekali lagi aku diuji.. terasa sayu sekali atas ujian kali ni.. tak mampu aku nk tanggung.. penahkah anda rasa tak tertanggung sesuatu masalah??

mungkin hatiku semakin lama semakin kotor.. tuhan sekadar ingin menginagtkan diriku yg makin lagha dgn dunia..

inilah dunia.. apa yg dikejar??

tetapkan lah imanmu seperti sumayyah..
taatkan dirimu bak serikandi khadijah..
sucikanlah hatimu sesuci hati rabiatul adawiyah..
barulah dirimu menjadi bak ainul mardhiah...


Tuesday, September 8, 2009

cukuplah..


Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

Bantulah perahu saudaramu menyeberangi lautan dan kamu sendiri akan sampai keseberang’

“Kebahagiaan adalah sebahagian daripada fikiran. Kebahagian fikiran tergambar melalui kebahagiaan hidup anda.”

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya

Monday, September 7, 2009

redhaMu

adakah hidupku ini diredhai.. ya allah.. dlm menyusur hidup ini.. kekadang aku terasa payah.. langkah kaki ku kekadang terasa lemah..

saat aku jatuh.. saat aku ingin bangkit.. dimana harus ku bermula..


Ku Pinta Redha Mu
by Mawaddah

Redho-Mu padaku yang kupinta.....

Redho-Mu padaku yang kupinta.....

Redho-Mu padaku yang kupinta.....



Ya Allah, Ya Tuhanku

Tidak kira apa berlaku padaku

Miskin atau kaya, sakit atau sehat

Yang penting adalah redho-Mu, redho-Mu



Redho-Mu, redho-Mu, redho-Mu



Redho-Mu padaku amat mahal sekali

Redho-Mu padaku amat mahal sekali

Sebab itu aku meminta selalu....



Jika redho-Mu Kau beri padaku

Sekalipun seluruh duni menghinaku

Aku tak peduli



Walau aku miskin, kurasa bahagia

Apalah ertinya aku kaya

Engkau kan murka apalah ertinya ada nama

Jika Engkau murka



Jika Engkau murka segalanya tiada

Jika Engkau murka segalanya tiada

Sungguh mahal redho-Mu

Tuhanku...



Tuhanku, tuhanku, tuhanku....



Berilah keredhoan-Mu

Berilah padaku selalu

Kerana itulah aku beramal

Bukan kerana pahala

Bukan kerana fathilat

Bukan kerana surga



Tapi inginkan redho-Mu

Untuk keselamatan diriku

Tapi inginkan redho-Mu

Untuk keselamatan diriku



Redho-Mu padaku yang kupinta.....

Redho-Mu padaku yang kupinta.....

Redho-Mu padaku yang kupinta.....

(Kupinta selalu)




Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

insan yg lemah
dlm mncari sinar Rabbul Izzati..

wang ringgit dan khidupan


dlm keheningan petang yg menginjak.. entah knape hati terase sayu.. berdetap hati ku ini.. terfikir dikala sibuk menyiapkan tugasan yg perlu sebelum pulang bercuti sempena shawal yg bakal menjelma.. dlm menyusur kehidupan seorg pelajar di universiti malaysia pahang ini.. semalam ayahda telefon tentang yuran pengajian adakah sudah dilangsaikan dan baki duit yg diberi untuk yuran pengajian 2 semester lagi...

Ya Allah.. sejenak aku merenung.. adakah aku menggunakan sebaiknya wang yg telah diberikan ayah padaku selama ini.. teutama untuk menampung pengajianku.. sungguh aku kekadang leka dan alpa.. namun nasihat yg ayah beri selalu berada di kotak fikiranku.. aku satu2nya harapan ayah yg tinggal.. aku x boleh bayang tanpa ayah disisi.. mungkinkah aku akn hilang arah.. tetibe rindu nak balik berbual besama2.. huhu

ramadhan hanya tinggal kira2 2 minggu lagi.. ayah ckp da pindah balik ke rumah pusaka tokayah dijelutong.. da lama rumah tu terbiar tanpa penghuni.. akhirnya ayah amik keputusan untuk balik tinggal disitu.. kata ayah rumah masih bersepah.. kpulangn ku dinanti untuk membantu mengemas.. aku harap ayah gembira selalu walupun dimana dan ape ujian.. dan aku kan cuba mnjadi anak yg terbaik untuk kdua ibu bapa ku..

Thursday, September 3, 2009

Steel n timber test...

alhamdulillah.. baru je habis test steel n timber design. one thing je yg aku nk kate.. thanks untuk En Noram n i lov u so much la sbb ajar kamiorg.. memg rock la en ni.. aku suke ngan kate2 dia.. mcm2 peribahasa dan nasihat yg kkdg aku rase kelakar dan agak bengong2 tp ble pk2 lek itulah yg senarnye realiti khidupan.. aku paling ske ayat die.

" awak ni degree.. blaja yg perlu2 je.. jngn nak streess.. takut sudden death.. org skunk mati bkn sbb sakit tapi sebb stress.. hehehe.. "

lawak betul en ni.. ade yg suke care en ni.. ade jugk yg x bleh nak terima.. tapi aku orait je.. mgkin sbb aku pun gle2 gak.. dan setiap kali aku kat kelas dia.. aku la antara yg paling kuat gelak ble die ngarut2.. x penah la aku ngntuk dlm kelas die walupun x bes mcm ne pun subject die ni.. tapi aku semgt je nk blaja mengenang ke en. noram ni.. sentiase semgt je nk ajo kitorg.. sporting plak tu.. time diploma x sempt dia nk ajo.. tp degree ni akhirnya tercapai gak cita2 aku nk dia jadi lecture yg ngajar aku.. bodek siut aku.. hahaha.. tp ni luahan ikhlas perasaan aku je tentg seorg lecture yg aku suke care pengajaran dan pembelajaran die x lebih dr itu.. dan aku harap dia akan ajo ape2 subject lagi next.. kompem aku semangat..

Hidup lecturer FKASA UMP.. semoga anda semua terus bersemangat mncari kaedah terbaik dlm mengajar student zaman sekrg ni..

pinjam kate2 en noram..

"tin kosong banyak bunyi..tin penuh kurang bunyi..."

so.. aku sendiri dlm golongan yg mane?? emm.. aku je yg tahu.. anda pulak mcm ne??

life long learning...
pikir2 kan lah...
AA08008

Wednesday, September 2, 2009

luruskan hatiku


Luruskan Hatiku Tuhan
by Mawaddah

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku

Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus

Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu

Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat

Dengan ujian yang menimpa



Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati

Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku

Tidak merosakkan agamaku

Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain



Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku

Agar keyakinanku tak berubah

Supaya aku sentiasa tabah



Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku

Sentiasa bersama-Mu

Supaya aku rasa, ada kawan melindungku

Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku



Aku merasa malu melanggar perintah

Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu



Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati

Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik

Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia



Tuhan, limpahkan kedalam hatiku

Ilmu dan hikmah

Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku

Supaya lahir batinku bersyariat

Agar lahir batinku menjadi taat

Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini