sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Thursday, July 16, 2009

AYUH MAHASISWA UMP!JOM GEMPUR!!!

GERAKAN MAHASISWA UMP MEMPERTAHANKAN LATIHAN INDUSTRI SELAMA 6 BULAN DI AKHIR SEMESTER ( GEMPUR).

Assalamualaikum wbt dan salam perjuangan buat seluruh mahasiswa UMP

Sesi kemasukan pelajar 2009/2010 sangat memberi cabaran buat mahasiswa UMP ,Majlis Perwakilan pelajar Universiti Malaysia Pahang(MPP UMP) dan pengurusan tertinggi UMP. Bermula dengan krisis penangguhan penempatan Kolej Kediaman ke 4 dan penangguhan perpindahan ke Pekan oleh Fakulti Mekanikal dan Fakulti Eletrik & Eletronik,kedua dua isu ini sangat memberI impak kepada mahasiswa UMP dan seluruh warganya. Warga UMP pada ketika ini masih lagi berteka teki dengan pelbagai polemik yang menghangatkan dunia kemahasiswaan UMP. Polemik Latihan Industri(LI) yang dikhabarkan akan diletakkan di tengah semester amat menggamatkan dunia kemahasiswaan UMP. Apakan tidak, hampir semua mahasiswa UMP yang mempunyai kesedaran mengenai isu ini pasti akan bangkit mempertahankan LI 6 bulan di akhir semester.

Justeru, mahasiswa UMP tidak harus senyap dan hanya berpeluk tubuh menunggu keputusan dan khabar yang tidak kunjung tiba. Atas kesedaran ini,Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang(MPP UMP) dengan kerjasama seluruh Persatuan Mahasiswa setiap fakulti akan melancarkan Gerakan Mahasiswa UMP Mempertahankan Latihan Industri Selama 6 Bulan Di Akhir Semester(GEMPUR). GEMPUR lahir atas kesedaran seluruh mahasiswa UMP menyatakan pendirian jelas kami bahawa kami akan mempertahankan LI selama 6 bulan di akhir Semester. Kami menyedari bahawa pihak pengurusan tertinggi UMP dan SENAT sedang menghadapi tekanan daripada syarat EAC iaitu meletakkan LI di tengah semester pengajian. Kami berasa sangat kecewa dan sangsi akan tahap kredibiliti EAC kerana dengan suasana kegawatan ekonomi dunia dan pengangguran yang semakin meruncing,sewajarnya pihak UMP dan EAC bersama sama membantu menyediakan sistem terbaik yang membantu para graduan di Malaysia.

Setakat ini seramai 25000 pekerja telah kehilangan pekerjaan. Selain tu, 30900 pekerja diberhentikan sementara dan 23 900 terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Hampir 10 000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa.*sumber daripada Teks Pembentangan Bajet Mini Datoý Seri Najib Tun Razak

UMP dengan status university teknikal seharusnya tidak tunduk hanya kerana EAC tidak sependapat dengan UMP. UMP harus lebih berani menyediakan model kurikulum yang lebih fleksibel dan membantu mahasiswa memperoleh pengalaman berguna dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang sewajarnya.

Ayuh,usah berlengah lagi,mari kita turun memberi sokongan kepada GEMPUR dan kita harus berani menyatakan pendirian kita. Berikut merupakan butiran lanjut:

Tarikh: 16 Julai 2009( Khamis)

Masa: 2pm-3pm

Tempat: Block WDKU 2

InsyaAllah,pelancaran GEMPUR akan dihadiri oleh Yang Hormat Profesor Datoý Dr Sabaruddin Bin Mohd,Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UMP. Yang Hormat Datoý TNC akan turun dan mendengar suara mahasiswa UMP. Jangan kita berlengah lagi!JOM GEMPUR!!!

Yang Menjalankan Amanah

MOHAMAD SUFFI BIN KAMARI

Yang di-Pertua

Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sesi 08/09

Universiti Malaysia Pahang.

__________________________________________________________

inilah senario permasahalatan yang sering belaku pada mahasiswa hari ini.. masalah yang mungkin berlaku pada setiap mahasiswa diuniversiti2 lain.. yang berbeza mungkin masalah yang berlaku dlm universiti tersebut..

kadangkala melihat pada masalh yang timbul membuat aku terfikir akan sebuah erti perjuangan.. bermula pada masalh air yang berlaku pada UMP ini.. kini belum selesai maslah air timbul pula masalh baru...

berkisar tentang masalah yang diperkatakan ini merenung pada apa yang cuba dilakukan oleh MPP ini amat aku sokong.. namun apa yang mnjadi persoalan pokok aku kini.. adakah masalah kami ini benar2 didengar oleh pihak pengurusan..??

kadangkala terasa ibarat fobia pabila perjumpaan demi perjumpaan ingin dilakukan.. sebagai contoh apa yang berlaku pada mahasiswa di dlm fakulti aku sendiri.. masalah dalaman yang tidak dapt aku ceritakan disini.. perjumpaan telah diadakan anata dekan dan staff yang terlibat dan ratusan pelajar terlibat untuk berbincang dan memaklumkan tentang masalh yang berlaku.. namun apa yang mengecewakan selepas penat berdiskusi dan bersoal jawab akhirnya keputusan tetap berpihak pada fakulti kerana pada hakikatnya keputusan telah dibuat!! ini sediki sebanyak telah mmbuat mahasiswa sedikit memberontak dan kecewa.. adkah senario yang berlaku dalam fakulti aku ini kan turut berlaku pada mahasiswa2 lain...?? mahasiwa hari ini dilihat " ibarat hitam kata pengurusan hitamlah dipihak mahasiswa.. putih kata pengurusan putihlah kata mahasiswa".. ruang untuk mahaiswa bersuara memang diberi namun persoalannya adakah suara2 mahasiwa ini benar2 di dengar diperjuang dan dikota??

insyaallah pada petang ini selepas kelas steel and timber aku kan turut sama menghadiri majlis yang diadakan.. aku ingin melihat adakah perjumpaan ini sekadar sandiwara semata2 hanya untuk memuaskan hati mahasiswa ataupun suara2 mahasiswa ini benar2 diperjuang dan dikota.
ayuh mahasiwa teruslah bersuara!!

mahasiwa inspirasi negara
pemimpin dimasa hadapan..
mengorak kemajuan..
merintis kemodenan..

0 comments: