sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Monday, November 2, 2009

sabar itu indah

Menghiasi diri dgn sifat sabar merupakan akhlak orang-prang yg mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dgn berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Apakah anda mempunyai pernyelesaian  yg lain selain drpada berasabar? Dan apakah anda mengetahu senjata lain selain daripada kesabran untuk menghadapi persoalan hidup??

Suatu ketika seorg tokoh menghadapi pelbagai musibah yg dating silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai-bagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. Setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yg lain pula dating mengunjungi. Meskipun demikian, ternyata dia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan kesabaran dan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripda kehancuran.

Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang mulia dan terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar dia atas tanah.

Ketika beberapa orang sahabt menziarahi Abu Bakar Ridhiyallahu’anhu yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya: “apakah perlu kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?” jawb Abu Bakar Ridhiyallahu’anhu : “ seorang tabib telah memeriksaku!” para sahabat pun bertanya : “ Apakah yg dikata olehnya?” jawab Abu Bakar Ridhiyallahu’anhu: “Innii fa’aalun lima uriid” (Sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu).

Bersabarlah! Akan tetapi ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersifat sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yg yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yg tahu sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungghnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Saya telah membaca beberapa biografi tokoh terkenal di dunia ini, dan saya terpegun dengan bersarnya kesabaran dan agungnya ketabahan mereka dalam menghadapi berbagai macam dugaan yang datang terus-menerus, bagaikan air dingin yang menitis diatas kepala mereka. Akan tetapi, daya tahanan mereka tetap kukuh bagaikan kukuhnya gunung. Kebenaran menacap kuat kedalm diri mereka dan mereka sedar bahawa waktu di dunia ini sgatlah singkat. Dan wajah mereka kembali bersinar memancarkan cahaya seiring dengn dtangnya mentari kemenangan, kecerian dan masa pertolongan . bahkan ada diantara mereka yang tidak hanya cukup bersabar sahaja, namun justeru menghadang semua bencana itu dan berteriak lantang dihadapan musibah-musibah itu sambil menyatakan tentangnya.




dipetik dari : la tahzan
karangan: Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni
penterjemah: Noraine Abu
penerbit: Al-Hidayah Publisher

ps: artikal ini didekiasikan khas wat diriku sendiri dan sahabatku yg mghadapi musibah dan msalah.. semoga aku dilimpahi sifat sabar yg tinggi begitu juga kepada semua sahabat ku yg lain...

0 comments: