sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Tuesday, August 31, 2010

anda mengantuk?? ape caranya??


gamba: ehsan hincik google...

aku skunk selalu ase tak bemaya.. haku search2 en google jumpe le mende ni.. mcm bes je nak kongsi besame....

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.
 
Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor. 
 
Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
 
Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.
 
Sebab ke 4: Terlebih caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
 
Sebab ke 5: Alahan makanan.
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.
 
Sebab ke 6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
'Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap 'Sleep Apnea' doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

 
Sebab No 7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

sejarah solat

Sejarah solat 5 waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

solat walau dimana jua kite berada....

merdeka dan banjir...


salam satu malaysia.. wah.. da 53 tahun merdeka... aku dilahirkan selepas 30 tahun merdeka.... so aku dilahirkn dengn keadaan sempurna dalam keluarga yg sempurna pada masa itu... dadada.. aku bukan nak taching mching disini... just nak turut meraikan merdeka nya malaysia kali ke 53... merdeka merdeka merdeka.. malaysia da 53 tahun merdeka.. aku ni ha yg x merdeka2 lagi.... aku perlu abiskan baki2 kurang dr setahun lagi pengajian sebelum layak digelar graduan ijazah pule selepas title graduan diploma once ago.... hehehe....

semakin moden malaysia semakin bnayk isu negara yg muncul... masalh sosial.. kes itu kes ini... aku juga remaja yg tak telepas dari masalh sosial.. aku tak boleh kate aku baik sbb aku mmg bemasalh pun... (setiap remaja ad masalah mereka!!) but as a person who are educated should i done wat noneducated person done? kalu da aku buat mende yg same mcm org yg x de pelajaran buat aku pun kire x de pelajaran la kan kan... emmmm... harus muhasabah balik ni...

semalam seharian aku wat keje luar.. gi ke jabatan pengairan saliran JPS pastu gi lak site klinik kesihatan...pastu sambung plak gi jabatan kerja raya.. sumpah aku penat sgt.... balik2 gi bli makanan bebuka.... cukup2 je mase just nice... bebuka seperti biase... tetibe... hujan lebat.... dan abis2 je bebuka pas basuh2 pe patut nk solat tetibe bilik kami masuk air weyh!!!!!!!!!!!!!!!! banjir.. oh my God wat happeng???  dok tingkat atas bole banjir ayo masuk bilik??? hadoi.. da keje nk selamatkan barang2 terutama brg letrik seperti laptop.... gambo kejadian haku update soon k!!

abis2 je badan haku da ase seram sejuk je.. nafas pun da ase panas je... aku mandi2 main pacebook jap... pastu telan panadol 2 bijik.. kol 10 haku da kelubung badan... 

hadoi... ni la kisah merdeka haku kali ke 53... edisi demam!! hahaha...



Monday, August 30, 2010

air mata nabi adam,,

Air Mata Nabi Adam
**********************


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam
terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama
300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana
terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung
selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya
mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air
ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau
menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya
kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya
Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya
aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari
air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya :-
Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam
setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan
semasa nafas itu keluar dan masuk ?



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila
ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah
cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang
apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di
hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan
bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke
mana dan siapa yang kau cari ?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari
lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang
yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada
ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Friday, August 27, 2010

bulan ada dua??

wahh.. aku ad dapat satu email dari kawan haku... sangat interesting dan mengujakan... jo kite tgk...


ONLY ONCE IN YOUR LIFETIME



27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27
12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

The next time Mars may come this close is in 2287.
Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.


Yesterday is History.
Tomorrow is Mystery.
Today is a Gift.
That's why we call it the Present.


Wednesday, August 25, 2010

kalau semua binatang boleh luah perasaan.. ngeri la plak.. hehe

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker... 

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan .. kan ... kan ..   


 
Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!  

 
Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL 

Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... .Tu pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..   
Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)  

kisah the true story of fatimah az-zahra

Real Pictures of Hazrat Bibi Fatima(S.A) House in Madina Munawara...

A Brief History Of Bibi Fatima (a.s)’s life:

Birth:
Bibi Fatimah Zehra [SA] the only daughter of the Holy Prophet Mohammed [PBUH] of Islam, was born in Mecca on 20th jumada ‘th-thaniyah 18 B.H.

The good and noble lady Khadijah and the Apostle Of Allah bestowed all their natural love, care and devotion on their lovable and only child Fatimah, who in her turn was extremely fond of her parents.
Character:
The Princess of the House of the Prophet, was very intelligent, accomplished and cheerful. Her sermons, poems and sayings serve, as an index to her strength of character and nobility of mind.
 
Her virtues gained her the title “Our Lady of Light”. She was tall, slender and endowed with great beauty, which caused her to be called ” az-Zahra’ ” (the Lady of Light). She was called az-Zahra’
also because her light used to shine among those in heaven.
Marriage:
After arriving in Medina, she was married to Hazrat Ali A.S,  in the first year after Hijrah,  She gave birth to three sons and two daughters. Her children, Hasan, Husayn, Zaynab and Umm Kulthum are well-known for their piety, goodness and generosity. Their strength of character and actions changed the course of history.
 
The Holy Prophet [PBUH] said, “Fatimah SA is a piece of my heart”.  He would go out to receive his daughter whenever she came from her husband’s house. Every morning on his way to the Mosque, he would pass by Fatimah’s house and say, “as-Salamu ‘alaykum ya ahli
bayti ‘n-nubuwwah wa ma’dani ‘r-risalah” (peace be on you O the   Household of Prophethood and the Source of Messengership).
The Best Woman:
Fatimah is famous and acknowledged as the “Sayyidatu nisa’i ‘l-’alamin” (Leader of all the women of the world for all times) because the Prophethood of Muhammad would not have been everlasting without her. The Prophet is the perfect example for men,but could not be so for women. For all the verses revealed in the Holy Qur’an for women, Fatimah is the perfect model, who translated every verse into action. In her lifetime, she was a complete woman,being Daughter, Wife and Mother at the same time.
 
As a daughter, she loved her parents so much, that she won their love and regard to such an extent that the Holy Prophet used to rise,whenever she came near him. As a wife, she was very devoted. she never asked Hazrat ‘Ali (A.S) for anything in her whole life.
 
As a mother, she cared for and brought up wonderful children; they have left their marks on the face of the world, which time will not be able to eraze.


cita2 haku nak jadi seperti fatimah azzahra... baiknye die x penah mintak ape2 dr suami... anak rasulallah yg terbaik... contoh wanita islam yg paling unggul... 


azam azam.... !!!