sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Tuesday, October 26, 2010

tuah ayam nampak dikaki tuah manusia??

kredit to: miss qastalani

Zaman kita sekolah-sekolah dulu, kita ni budak straight A’s. After 20 years tak berjumpa suddenly kita terserempak dengan ex-schoolmate kita yang kelas paling hujung sekali.. Dia pakai kot dan siap dengan tie! Naik BMW!!!

Kita? engineer yang kita banggakan dengan degree dari UTM. Naik kereta My Vi saje..

Kita tak percaya siap perli; “Wahh! Kaye ko sekarang pakai BMW” (sebab kita agak, keje drebar aje tuhh)

***

*google*

Geng kita time kerja kilang dulu huduh tak hingat. Kurus kering. Gigi jongang. Bofren pun muka tak hensem dan miskin. Pergi kuar dating terkedek-kedek naik bus aje..

Kita cantik. Body mantap. Bofren muka hensem. Ada motor pulak tuh.. Salu bawak kita jalan-jalan.

After 20 years geng kita tu tegur kita kat kedai makan. Kita dah tak cam dia!! MasyaAllah, cantik nya! Kedut kat muka pun x berapa visible macam kita. Gigi pun dah tak jongang.

Suami dia adalah bofren dia yang miskin tak hensem tuh. Lama diorang bertahan ye.

Bofren hensem kita mana? Dia lari lepas buntingkan kita.

Geng kita bayarkan breakfast kita dan suami kita ni. Kita keluar restoran sama-sama. Wah, Toyota Harrier. Suami kita berjalan menuju ke Kancil 850 dia.. Suami kita ni pun sebenarnya suami kita yang kedua. Suami orang pulak tu..

***

*google*

Masa mula-mula kawen dulu, suami kita ada rezeki lebih, dah beli rumah siap-siap untuk kami tinggal bersama. Jiran kitorang pun sama jugak baru kawen tapi dia menyewa saje.

Sebab kitorang orang senang, kitorang beli perabut mahal-mahal. Set tv besar, langsir pun mahal tahap dewa.

Lepas setahun, jiran kita tu pindah ke Negeri Sembilan. Lepas 20 tahun, dia pindah balik semula ke sini. Katanya duduk di villa yang baru bukak di seberang jalan tuh. Siap ada kolam renang, cctv, dan pak guard, you!

Kita? Masih lagi dengan hiasan, set perabot dan tv besar kita seperti 20 tahun sudah..

***

p/s: ingat. Menjadi manusia, kita jangan pandang orang rendah dari kita sebelah mata saje. Sebab kita tak tahu apa yang menjadi pada masa akan datang. Bila kita tengok kawan kita yang otak kurang cerdik, muka huduh sepang, dan miskin muka setonyek, jangan fikir mereka akan kekal begitu selamanya. Rezeki masing-masing la kan.

1 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hormati semua manusia same...
baru btol...