sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Wednesday, August 4, 2010

Adab Menuntut Ilmu

mari kita belajar hari ini... yeahhPhotobucket
 
 Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi kita kaum Muslim . Banyak sekali dalil yang membuktikan keutamaan ilmu , para penuntut ilmu dan yang mengajarnya . Adab adab didalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui sangatlah banyak . Kepentingan untuk mengetahui adab adab ini adalah agar ilmu yang kita pelajari akan membuahkan faedah untuk kita dan orang yang ada disekeliling kita . Diantaranya adab adab tersebut adalah :

 
1 .IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT .

 
Niat kita untuk menuntut ilmu hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan juga demi kehidupan diakharat kelak . Berkenaan seseorang yang menuntut ilmu semata-mata kerana ingin mendapat gelaran , pangkat atau ingin popular, Rasullullah SAW telah mengkhabarkan tentang golongan sedemikian didalam hadith Baginda :

" Barang siapa yang menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah SWT , sedangkan dia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta benda dunia , ia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada haru kiamat            ( Riwayat Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah) .

 
Tetapi , sekiranya ada mengatakan bahawa cita-citanya adalah ingin mendapatkan kelulusan yang lebih tinggi    ( contoh MA atau PhD) bukan
kerana ingin mendapatkan kesenangan dunia , sebaliknya kerana sudah menjadi kebiasaan yang tertulis bahawa seseoranmg yang memiliki latar pendidikan yang lebih tinggi , segala ucapannya akan lebih didengari orang didalam menyampaikan ilmu dalam mengajar . Niat ini , insyaAllah termasuk didalam niat yang benar .

 
2 .UNTUK MENGHILANGKAN KEJAHILAN DARI DIRINYA DAN ORANG LAIN .

 
Semua manusia pada asalnya adalah bodoh . Sekiranya kita berniat untuk menghilangkan kejahilan dari diri kita , setelah kita menjadi orang yang berilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain . Ini adalah untuk menghilangkan kejahilan dari diri mereka .

Apakah syarat untuk memberi manfaat kepada orang lain itu dengan kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian sahaja atau kita memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? . Jawapan yang benar adalah pilihan kedua ; kerana Rasullyullah SAW bersabda
" Sampaikan dariku walaupun cuma satu ayat"  ( Riwayat Bukhari) .
Imam Ahmad berkata "Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar" . Murid muridnya bertanya " Bagaimanakah yang demikian itu ? "
Beliau menjawab : " Ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain" .  

 
3 .BERNIAT MENUNTUT ILMU UNTUK MEMBELA SYARI'AT

 
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat didalam menuntut ilmu untuk membela syari'at . Ini kerana kedudukkan syara'at adalah sama dengan pedang , yakni jika tidak ada orang mengunakannya ia tidak bererti apa-apa . Penuntut ilmu hatus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama , sebagaimana tuntutan yang diajarkan oleh Rasullullah SAW . Perkara ini tidak akan dapat dilaksana kecuali oleh orang orang yang memiliki ilmu yang benar , sesuai petunjuk Al-Qur'an dan As-Sunnah .

 
4 . BERLAPANG DADA DALAM MENERIMA PERBEZAAN PENDAPAT.

 
Apabila wujud perbezaan pendapat , penuntut ilmu sewajarnya menerima perbezaan itu dengan berlapang dada selagi perbezaan itu adalah persoalan ijthad , bukan persoalan aqidah . Ini kerana persoalan Aqidah adalah masaalah yang tidak ada perbezaan menurut ittifa' ulama . Berbeza didalam masaalah ijtihad adalah perbezaan pendapat yang telah wujud sejak zaman sahabat , bahkan pada zaman Rasullullah SAW . Oleh itu janganlah sampai kita menghina orang lain yang tidak sependapat dengan kita .

 
5 .MENGAMALKAN ILMU YANG DIPEROLEHI

 
Termasuk didalam adab yang terpenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang diperolehi . Ini kerana amal adalah buah dari ilmu , baik ilmu Aqidah ,Ibadah,Akhlaq mahupun Muamalat . Orang yang telah memiliki ilmu adalah ibarat orang yang memiliki senjata . Ilmu atau senjata tidak ada gunanya kecuali dengan digunakan .

 
6 .MENGHORMATI PARA ULAMA' DAN MEMULIAKAN MEREKA .

 
Penuntut ilmu harus sentiasa berlapang dada didalam menerima perbezaan yang wujud dikalangan ulama . Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama ; yang kebetulan keliru didalam memutuskan suatu masaalah .
Mengumpat orang biasa sudah termasuk didalam dosa besar , apatah lagi orang itu adalah seorang ulama .

                                                                                                       
 
7 .MENCARI KEBENARAN DAN BERSABAR .

 
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah diterima . Mencari kebenaran dari khabar yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum . Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya , kita harus meneliti lebih dahulu tentang kesahihan hadith tersebut . Jika kita sudah pasti bahawa hadith tersebut adalah sahih , kita harus berusaha lagi untuk mencari pengertiaan hadith tersebut .

 
Didalam mencari kebenaran ini , kita harus bersabar . Jangan tergesa-gesa , jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah  Jangan sampai kita mengaji tidak habis , tidak menghabiskan satu kitab yang dipelajari , kemudian digantikan dengan kitab yang lain . Jika itu yang terjadi , kita tidak akan mendapat ilmu dari apa yang kita tuntut . Disamping itu , mencari kebenaran didalam ilmu sangat penting kerana sesungguhnya pembawa berita kadangkala mempunyai maksud yang tidak benar , atau barangkali tidak bermaksud jahat namun dia keliru didalam memahami sebuah dalil .