sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Friday, July 24, 2009

dimana pelangi


kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan Kilat..
Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari..
rupa-rupanya..
Allah ingin memberikan kita pelangi...

terima kasih sahabatmu kerana kata-katamu itu.. malam yg sungguh bermakna pada diriku.. bermuhasabah kembali diriku.. gelap sudahkah hatiku.. keras sudahkah hatiku...

dalam kedinginan malam mencari nur disebalik hening yg mnjelma.. bermonolog aku sendiri.. sejauh ini aku diuji..

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2) "sesungguhnya Allah tidak menguji seseorg lebih drpd kemampuan yg dimilikinya"

sedarlah kita bahawa pabila Allah menguji kita.. sebenarnya Allah menyayangi kita.. Allah hanya ingin melihat dimana kekuatan kita.. wahai hati bergembiralah jika hatimu sedang diuji kerana Allah masih ingin menguji dirimu dan Dia masih bersamamu.. jngan lah kau bersedih kerana Dia maha tahu apa yg terbaik untuk dirimu..

janganlah hingga Allah campakkan nikmat padaMu dan biarkan dirimu sendiri leka atas nikmat-nikmat yg diberi.. berdoalah semoga Allah menganugerahkan nikmat padamu agar nikmat2 itu mendekatkan lagi Dia dan dirimu..

semua cabaran dan dugaan hanyalah mainan kehidupan untuk mnjadikan kita manusia yg lebih sempurna dan bertakwa.. semoga kita sama-sama dilongkan hati kepadaNya..

carilah pelangi disebalik sembunyinya matahari.. pasti kau mengerti indahnya secerah matahari!!


aku manusia yg hina..
mencari keredhaannya..

dilembah yg penuh onak dan duri..

itukah cintaNya??

0 comments: