sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Thursday, July 29, 2010

cikgu suwaibah dan murid QZ (bukan name sebenar)

PhotobucketPART I 

Cikgu Suwaibah sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Suwaibah akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Suwaibah asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Suwaibah menyergah muridnya yang bernama QZ.

Cikgu Suwaibah: 'Woiiii QZ, apa sebab kau berhenti ni hah' 


QZ : 'Oh Cikgu Suwaibah, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.'

 
PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Suwaibah telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali QZ lalu Cikgu Suwaibah pun bertanya,

Cikgu : QZ, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
QZ : Mommy saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.


PART III

Cikgu Suwaibah sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : QZ, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong? 


QZ : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... mommy sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya?? 


QZ : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART V

Cikgu Suwaibah : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Suwaibah : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

Cikgu Suwaibah : Bagus! Sekarang giliran QZ pula. Apakah tugas daun pisang?
QZ :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Suwaibah : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


Photobucket


watak diatas adalah rekaan semata2 dan imaginasi sang penulis yg giler blog dan nama murid diambil inspirasi dari blog mummy qastalani... hehehe.... sekian harap maklum....(sebenar penulis adalah peminat watak murid itu.. wah sudah terbalik cikgu minat murid?? haha)