kepada ibu bapa juga pada diri haku yg bakal menjadi ibu insyaallah... harap kisah dibawah ni jadi pengajaran..... kejadian dekat plak tuh ngn umah haku.. hehehe
sumber : harian metro
KAMUNTING: “Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.
SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan.
Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.
Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar.
Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi.
Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.
“Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam.
Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut.
Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar.
“Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.
“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya.
Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis.
“Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.
__________________________________________________________________________________
ini memang perkara yg diambil remeh oleh ibu bapa.. mmg ramai ibu bapa sekrg suke tinggal anak dlm kete sebb merasakan yg kedai yg mereke nak masuk dekat sgt.. haku pun same.. time kecik2 lu ingt g.. mak haku suke tinggal haku dlm kete time tu mommy pakai kete chairad daihatsu (betoi ka haku eja??)time beli barang kat kedai Hup Seng belakang umah (x delah tu name biskut hahaha) apek tu wa tala tau nama.. so wa leka2 saja.. hahaha..... haku ngn adik aku elok je dok pndang dr dlm kete tepi tingkap baik je.. x de nk jerit2.. hahaha.... tp time tuh jarang dengr kes rompak2 so mak haku x dok la riso anak die hilang sgt.. hehehe... ni kisah dlm 18 tahun yg lalu....
dan terbaru x lame dolu rase nak gelak pulok haku mak haku cerite sepupu haku faris bersame mamanye yg haku panggil ateh norlia..... cerite begini...
pada suatu hari tuh makteh terlambat mengambil faris (faris baru masuk darjah satu x silap time kejadian) ni dari sekolah... tapi faris ni bukan lah budak nakal mane.. die dok elok la tunggu mak die tak nagis (mcm haku)... menurut makteh.. lewat pun bukan la lewat mane pun.. masih ramai murid2 lain belum dijemput ibu bapa mereka... mungkin sebb tak biase kene amik lewat dan agak bosan... maka selepas masuk kete berlaku la perbualan antara ibu dan anak ini...
anak : mama.... kenape mama amik abang lambat... semua orang dah balik dah mama...
ibu : pandai la hang... ramai lagi mama tengok ada kat sekolah... ok ok.. sorry.. mama ad mesyuarat kat sekolah... abah x sempat nak amik abang... alah tunggu sekejap je kan....
anak : emm ... ye la... mama mama... mama berani la tinggal anak mama lama sorang2 kat sekolah... anak mama ni da la gebu... nanti orang culik anak mama ni baru mama tahu.....
ibu : haaaaaaaa (tak terkate ape2... dalam hati ada sedikit seriau didada)
hahaha... ni pe kes?? da terbalik kan.. anak plak yg remain ibu bapa.... selalu kita yg diajar untuk mengajar anak memprotect diri dr penjenayah.. tapi kalu da mak pak yg sendri dedahkan anak2... sape yg salah..?? kompom!! bukan polis yg salah... hehehe...
3 comments:
aish2, susah nk cari perompak cani..
msti ta sejati ag kot dlm bidang merompak..hehe..
pingu kecik: hahaha.. mungkin la.. die x berape nak ganas.. mungkin baru nk bejinak2.. hehehe
sape cita2 nak jadi perompak???
;)
Post a Comment