sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Thursday, July 22, 2010

nak jadi kaya amalkan ini...

salam satu malaysia pada semua.. hari ni aku nak post satu yg mungkin kita boleh jadikan amalan... satu nasihat yg ayah aku berikan pada haku.. yg diajar untuk dijadikan amalan.. cume haku je yg tak istiqamah (tak tetap) buat mende ni.. kkdg haku buat.. kekadg haku lupe..
ayah aku pesan.. kalau nak rezeki kita sentiase terbuka.. amalkan lah surah Al-Waqiah... byak kelebihan yg kita dapat dr mengamalkan surah ini..
 
Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:


“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah ini ialah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak di juzuk ke 27 terdiri 96 ayat. surah ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

da hampir 3 tahun ayah aku suruh aku amalkan bace surah ni.. buat je bebile yg anda lapang kalau boleh setiap hari (kecuali berkeuzuran).. seelok2 lps solat sekejap... ayah da pesan tapi haku je x buat2 ngan baik.. jadi tetibe malam ni aku rase nak berkongsi pada rakan terutama yg masih student tak terkecuali sesiapa yg ingin selalu dimurahkan rezeki.... tapi hopefully jangan salah tanggapan bahawa rezeki itu dtg melalu surah ini.. yg memberi rezeki tetap dr ALLAH S.W.T. cume surah ini di nasihatkan untuk dijadikan amalan dan dengan izin ALLAH rezeki akan melimpah ruah berkat dr nya..

actually satu lagi adlah solat dhuha.. tapi nanti ak cter di post lain.. wassalam...




6 comments:

Seindah.Bidadari said...

thanks..=)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kaya lah bukan dengan hanya harta...
;)

anak_hamja said...

bidadari fiza: selamat beramal..

anak_hamja said...

senja: betul2.. tapi kalu nak kaya ilmu pun boleh amal jugak...

Asyraff Zulkifli said...

entry best~ :) yg aku biasa dengar org bgtau, ayat seribu dinar je untuk murah rezeki..

anak_hamja said...

shraff: ahh tu ye gak.. tapi yg ni pun ye gak.. x kisah la yg mne2 pun.. ap yg penting ko istiqamah wat satu2 mende...