sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Friday, July 30, 2010

,oh orang kuantan jom bukit panorama!!

hari jumaat yg hening dan damai.. bgan pagi2 sebelum subuh jam 4.30 pagi hokeh.. bukan petang ye.... hahaha... kuar bilik jam 5.... aku hamik amryana hasmida juda didi di hostel diowg... isi2 minyak kat petronas.. pastu tunggu sek sek membe haku yg lain yg masih dok besolek itu.. hadoi.... budak2 ni kate nk tgk sunset.. da jam 5.40 baru le mau gerak ke bukit panorama sungai lembing.. sabawkan lah.... sampai2 je.. subuh kat surau behampiran.. pastu breakfast jap.... kire2 jam 7.10.. eksplorasi kami bermula.. actually ni kali ke 2 haku nahek bukit ini yoolll... hahah.. first time diploma.. skunk da nak abis degree.. mmg da hasrat haku selom habis degree ni mau panjat lagi bukit ke gunung ke hape.. hahaha...k... layankan le ye sunset haku yg x berapo nak sunset ni ha... hahah.. pejalanan ke puncak bukit kire2 40 minit.. kowng kan teror matematik.. darab sendiri la.. mhahaha

aksi lompatan yg petama...

ase da kurus plak.. hahaha.. mane de gemok pon kan?? tembam sikit je.. betol tak?? mi da puncak bukit...

tawan saye amryana
hehehe.. da mcm monyet da..
lompatan yg ke dua.. yeyeye

hapo bondo la jang jang ni mereko.. hado yg besantai... hado yg amik gambo sampai tetinggung tinggung bagai ha....
on da way mau trun...
muke da penat...
yeahhhhh..... sudah mau sampai ke bawah!!!

dan bnyak lgi yg menarik.. nanti haku hamik pict dr budak2 ni ha.... yg lebih pelbagai aksi yg mndebarkan!!.. yeaahh... org kuantan mai jngn tak mai.. haku yg bukan kuantan ni ha da sampai... anda2???

Thursday, July 29, 2010

cikgu suwaibah dan murid QZ (bukan name sebenar)

PhotobucketPART I 

Cikgu Suwaibah sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Suwaibah akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Suwaibah asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Suwaibah menyergah muridnya yang bernama QZ.

Cikgu Suwaibah: 'Woiiii QZ, apa sebab kau berhenti ni hah' 


QZ : 'Oh Cikgu Suwaibah, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.'

 
PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Suwaibah telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali QZ lalu Cikgu Suwaibah pun bertanya,

Cikgu : QZ, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
QZ : Mommy saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.


PART III

Cikgu Suwaibah sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : QZ, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong? 


QZ : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... mommy sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya?? 


QZ : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART V

Cikgu Suwaibah : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu

Cikgu Suwaibah : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

Cikgu Suwaibah : Bagus! Sekarang giliran QZ pula. Apakah tugas daun pisang?
QZ :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Suwaibah : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


Photobucket


watak diatas adalah rekaan semata2 dan imaginasi sang penulis yg giler blog dan nama murid diambil inspirasi dari blog mummy qastalani... hehehe.... sekian harap maklum....(sebenar penulis adalah peminat watak murid itu.. wah sudah terbalik cikgu minat murid?? haha)


tazkirah subuh!!.. atau pagi..

 
TAZKIRAH PAGI
 
     Ini cerita tentang Anisa, seorang gadis kecil yang ceria berusia Lima
    tahun. Pada suatu sore, Anisa menemani Ibunya berbelanja di suatu
    supermarket. Ketika sedang menunggu giliran membayar, Anisa melihat
    sebentuk kalung mutiara mungil berwarna putih berkilauan, tergantung
    dalam sebuah kotak berwarna pink yang sangat cantik.
   
    Kalung itu nampak begitu indah, sehingga Anisa sangat ingin
    Memilikinya.  Tapi... Dia tahu, pasti Ibunya akan berkeberatan.
    Seperti biasanya, sebelum berangkat ke supermarket dia sudah berjanji
    tidak akan meminta apapun selain yang sudah disetujui untuk dibeli.
   
    Dan tadi Ibunya sudah menyetujui untuk membelikannya kaos kaki
    ber-renda yang cantik.  Namun karena kalung itu sangat indah,
    diberanikannya bertanya.
    "Ibu, bolehkah Anisa memiliki kalung ini ? Ibu boleh kembalikan kaos
    kaki yang tadi... "  Sang Bunda segera mengambil kotak kalung dari
    tangan Anisa. Dibaliknya tertera harga Rp 15,000.
   
    Dilihatnya mata Anisa yang memandangnya dengan penuh harap dan
    cemas.Sebenarnya dia bisa saja langsung membelikan kalung itu,
    namun ia tak mau bersikap tidak konsisten... "Oke ... Anisa, kamu
    boleh memiliki Kalung ini.  Tapi kembalikan kaos kaki yang kau pilih
    tadi.  Dan karena harga kalung ini lebih mahal  dari kaos  kaki itu,
    Ibu akan potong uang tabunganmu untuk minggu depan.   Setuju ?"
    Anisa mengangguk lega, dan segera berlari riang mengembalikan kaos
    kaki ke raknya. "Terimakasih..., Ibu"
   
    Anisa sangat menyukai dan menyayangi kalung mutiaranya. Menurutnya,
    kalung itu membuatnya nampak cantik dan dewasa.  Dia merasa secantik
    Ibunya. Kalung itu tak pernah lepas dari lehernya, bahkan ketika
    tidur.
   
    Kalung itu hanya dilepasnya jika dia mandi atau berenang.  Sebab,kata
    ibunya, jika basah, kalung itu akan rusak, dan membuat lehernya
    menjadi hijau...
   
    Setiap malam sebelum tidur, ayah Anisa membacakan cerita pengantar
    tidur. Pada suatu malam, ketika selesai membacakan sebuah cerita,
    Ayah bertanya "Anisa..., Anisa sayang Enggak sama Ayah ?"
    "Tentu dong... Ayah pasti tahu kalau Anisa sayang Ayah !"
    "Kalau begitu, berikan kepada Ayah kalung mutiaramu...
    "Yah..., jangan dong Ayah !  Ayah boleh ambil "si Ratu" boneka kuda
    dari nenek... ! Itu kesayanganku juga
    "Ya sudahlah sayang,... ngga apa-apa !".  Ayah mencium pipi Anisa
    sebelum keluar dari kamar Anisa. Kira-kira seminggu berikutnya,
    setelah selesai membacakan cerita, Ayah bertanya lagi, "Anisa...,
    Anisa sayang nggak sih, sama Ayah?"
    "Ayah, Ayah tahu bukan kalau Anisa sayang sekali pada Ayah?".
    "Kalau begitu, berikan pada Ayah Kalung mutiaramu." "Jangan Ayah...
    Tapi kalau Ayah mau, Ayah boleh ambil boneka Barbie ini.."Kata Anisa
    seraya menyerahkan boneka Barbie yang selalu menemaninya bermain.
   
    Beberapa malam kemudian, ketika Ayah masuk ke kamarnya, Anisa
    sedang duduk di atas tempat tidurnya.  Ketika didekati, Anisa rupanya
    sedang menangis diam-diam.  Kedua tangannya tergenggam di atas
    pangkuan.
   
    air mata membasahi pipinya..." Ada apa Anisa, kenapa Anisa ?" Tanpa
    berucap sepatah pun, Anisa membuka tangan-nya.
    Di dalamnya melingkar cantik kalung mutiara kesayangannya
    " Kalau Ayah mau...ambillah kalung Anisa" Ayah tersenyum mengerti,
    diambilnya kalung itu dari tangan mungil Anisa.  Kalung itu dimasukkan
    ke dalam kantong celana.
   
    Dan dari kantong yang satunya, dikeluarkan sebentuk kalung mutiara
    putih...sama cantiknya dengan kalung yang sangat disayangi
    Anisa..."Anisa... ini untuk Anisa.  Sama bukan ? Memang begitu
    nampaknya, tapi kalung ini tidak akan membuat lehermu menjadi hijau"
    Ya..., ternyata Ayah memberikan kalung mutiara asli untuk menggantikan
    kalung mutiara imitasi Anisa.
   
    Demikian pula halnya dengan Allah. terkadang Dia meminta sesuatu
    dari kita, karena Dia berkenan untuk menggantikannya dengan yang lebih
    baik. Namun, kadang-kadang kita seperti atau bahkan lebih naif dari
    Anisa : Menggenggam erat sesuatu yang kita anggap amat berharga, dan
    oleh karenanya tidak ikhlas bila harus kehilangan.  Untuk itulah
    perlunya sikap ikhlas, karena kita yakin tidak akan Allah mengambil
    sesuatu dari kita jika tidak akan menggantinya dengan yang lebih
baik.
 
 


()"" ' )
( ,'o' )")
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

Wednesday, July 28, 2010

perompak sekarng ni lawak la...

kepada ibu bapa juga pada diri haku yg bakal menjadi ibu insyaallah... harap kisah dibawah ni jadi pengajaran..... kejadian dekat plak tuh ngn umah haku.. hehehe

sumber : harian metro

KAMUNTING: “Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.
SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini.

Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan.

Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.

Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar.

Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi.
Menceritakan detik cemas itu, Nurul Fatin Farhana berkata, dia sempat mendengar perbualan ketiga-tiga perompak terbabit sebelum dia dan adiknya ditinggalkan di kawasan terpencil selepas dilarikan hampir dua jam.

Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak merancang untuk melarikan diri kerana adik (Siti Haidar) nyenyak tidur di tempat duduk belakang.

“Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam.

Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut.

Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar.

“Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.

“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya.

Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis.

“Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.
__________________________________________________________________________________

ini memang perkara yg diambil remeh oleh ibu bapa.. mmg ramai ibu bapa sekrg suke tinggal anak dlm kete sebb merasakan yg kedai yg mereke nak masuk dekat sgt.. haku pun same.. time kecik2 lu ingt g.. mak haku suke tinggal haku dlm kete time tu mommy pakai kete chairad daihatsu (betoi ka haku eja??)time beli barang kat kedai Hup Seng belakang umah (x delah tu name biskut hahaha) apek tu wa tala tau nama.. so wa leka2 saja.. hahaha..... haku ngn adik aku elok je dok pndang dr dlm kete tepi tingkap baik je.. x de nk jerit2.. hahaha.... tp time tuh jarang dengr kes rompak2 so mak haku x dok la riso anak die hilang sgt.. hehehe... ni kisah dlm 18 tahun yg lalu....

dan terbaru x lame dolu rase nak gelak pulok haku mak haku cerite sepupu haku faris bersame mamanye yg haku panggil ateh norlia..... cerite begini...

pada suatu hari tuh makteh terlambat mengambil faris (faris baru masuk darjah satu x silap time kejadian) ni dari sekolah... tapi faris ni bukan lah budak nakal mane.. die dok elok la tunggu mak die tak nagis (mcm haku)... menurut makteh.. lewat pun bukan la lewat mane pun.. masih ramai murid2 lain belum dijemput ibu bapa mereka... mungkin sebb tak biase kene amik lewat dan agak bosan... maka selepas masuk kete berlaku la perbualan antara ibu dan anak ini...

anak      : mama.... kenape mama amik abang lambat... semua orang dah balik dah mama...

ibu         : pandai la hang... ramai lagi mama tengok ada kat sekolah... ok ok.. sorry.. mama ad mesyuarat kat sekolah... abah x sempat nak amik abang... alah tunggu sekejap je kan....

anak      : emm ... ye la... mama mama... mama berani la tinggal anak mama lama sorang2 kat sekolah... anak mama ni da la gebu... nanti orang culik anak mama ni baru mama tahu.....

ibu        : haaaaaaaa    (tak terkate ape2... dalam hati ada sedikit seriau didada)

hahaha... ni pe kes?? da terbalik kan.. anak plak yg remain ibu bapa.... selalu kita yg diajar untuk mengajar anak memprotect diri dr penjenayah.. tapi kalu da mak pak yg sendri dedahkan anak2... sape yg salah..?? kompom!! bukan polis yg salah... hehehe...

bebalik pada kisah kat berita tuh.. nasib baik perompak tuh baik hati tinggalkan budak tuh kat tepi jalan... ad ehsan pulak perompak zaman ni.... hahaha... kalu dijual ke ap ke.. x ke nayo... penat weyh mengandung sembilan bulan 10 hari pastu memberanok ke pulok pastu hilang... (haku ckp mcm penah beranok.. hahah)... tapi haku mmg rase lawak la ke perompak ni... tapi terima kasih perompak kerana x buat hape2 ke budak2 ni... harap ko cepat2 la insap!!!

lagenda budak kurus...

kisah nye dah belaku bepuluh2 puluh tahun yang lalu... (tipu lah.. x de la selame zaman jurasic pun)... haku dilahirkan dlam keadaan yg sihat walafiat.. makcik aku katenye haku dilahirkan secara operation (haku pun x to kebenarannya sbb mak aku x penah ngakuinya ble haku tnye aku lahir cane..hehe) sebb haku ni sihat la sgt sejak dlm kandungan ibuku lagi...

aku dibesawkan dengan penuh kasih syg dan diberi makan degan baik sekali.. sbb adik beradik sikit  (2owg)kami makan besuap dr umo lahir until la haku masuk darjah satu.. (haku makan suap kowang hado?? hahaha).. pastu plak mak ayah haku kasi duit belanje dan haku x ske beli cikedis time kat kantin sekolah sebaliknya haku lagi gemar untuk beli bihun chup.. mee loling.. mee tali.. nasi laling..buah-buahan dan abis2 malas haku lagi suke beli kopok leko... yeahh.. peristiwe itu berterusan hinggele haku abis sekolah rendah.. kesannye semasa darjah 6 pabila ditimbang berat haku adalah 50kg!!! OMG.. ape sudah jadi... tawan2 memandang haku sinis.. tapi aku senyap je.. lantak haku la kan!!!

masuk plak sekolah menengah haku dok sekolah asrama kat ipoh... pastu paham la kan asrama mcm ne.. dr tingakatan satu sampai la tingkat 5.. haku dok diasrama ngan sihatnye.. kate org la bukan kate haku... ble dok asrama bleh jadi kurus.. mak haku plak kate.. "ko jgan nak ngade2 dok asrama nak beli kat kantin.. ko bukan ank orang kayo pung.. (tetibe kuar bahase terengganu sumpah mak haku x sleng mcm tuh!! saje haku imagine..haha).. ma dolu2 dok asrama makan je ap ad.. dulu ma ni owg susah adik beradik ramai.. dok asrama baru la nak rase makan sedap.. blablabla... dan pnjang lg nasihatnye... yg haku ni mmg anak yg baik dan patuh maka mendengar nasihatnye.. maka duit yg haku ad aku simpan je le bawah bantal sampai bekepuk2 duit haku.. hehe (ok fine! aku tipu lagi... kowg gilo.. asrama kan bnyak kecurian.. hehe)

ble masuk universiti.. kebetulan universiti haku dekat ngn umah mkcik haku.. ampir tiap2 minggu die aku balik ke umahnye.. memandangkan anaknye tinggal jauh nun kat KL haku la jd peneman setie.. die pulok pandai la masak makanan peberet haku.. so aku la tukang makan nye.... kang x makan buang... da jadi kawan setan pulok.. x moh haku...

sedar2 apabila haku da besaw.. dengan ketinggian yg lebih dr darjah enam.. berat haku bertambah sikit ke..(____) sila isi tempat kosong.. tapi senarnye agak lebih sikit je dr zaman sekolah rendah.. (kire da kurus la kankan?)

ad hayat2 yang tak boleh blah yang tergiang2 kat lobang hidung telinge haku... 

makcik: "ee.. kowang ni.. haku dolu besar2 umo kowg ni besar lidi je tahu... (bohong gile kan??) ..kalu kowang x jage makan nanti da beranak gemuk mcm ne le.. susah dah ni nak kurus kalu da mcm ni" (salah haku ke?? sape suh die masak.. ble die masak haku x makan die kecik ati.. salh aku ke??)

mummy: "bagus la sehinggit (yeye.. 10 hinggit sebenar.. aaiisshh)  je belanje makan sehari kat unibesiti.. boleh la kurus sikit nanti.." (ni satu gi ayat x leh blah mak haku.. aku dlm perut pun da besr sekrg die suh haku jd kecik plak... iisshhh.. patut?? mmg x patut kankan...)

pakwe: "rajin2 la gi joging.. pas ni jgan nak sihat dr berat yg dah ad ni..kang kalu lagi naik kang lagi susah nk kurus.. " (menci haku.. die hingat haku ni x joging ke... kalu x redha ngn keadaan haku yg ko nk juge ke haku lu ap kes?? -wah hayat emosi.. he2..)

kawan2: " eh su.. ko da makin gemuk la skunk ni?? ko dari lu kate nk diet.. mane diet ko???.. abis la ko su.. da x kurus la lagi " (ni satu gi.. kecah je lebih.. tahu x berat mate memandang berat lagi lemak gajah dari lemak haku.. hehehe.. )

ayat diowg mmg klise kan.. x leh blah toi....haku mmg x paham asal org asik ingt haku ni akan terus ngan berat haku ni.. (aku x kan kate haku da gemuk.. hahaha) 

mane diowg tahu haku akan berat mcm ni selame-lamenye?? mcm kompom2 je haku x kan kurus...


dari temuk!!

jadi turus!!

dah!! kowag jgn nak komen...

Tuesday, July 27, 2010

sape yg nak gi restoran mcm ni?


aku sgt menimpikan untuk dtg ke restoran ini.. letaknya adalah di negara cina.. jom kita tinjau2 dolu kawasan.. ni bekas BF aku yg tunjuk restoran ni.. (sumpah haku start menipu.. hahaha)

mule2 nk g restoran ni kene naik kete cabel.. cool kan kan..!!!

 da samapi kat tempat mendarat (da mcm naik kapal tebang lak. haha) kene lalu jalan ni... ini la jalan terbaik didunia.. hehehe

 sila jalan degan berhati.. ad hemas dan hintan belian menanti dihujung sana!!!

sila jgan pandang bawah jika jiwa anda x kental hokeh!!

lorong2 laluan ala2 gunung kinabalu je niyh... hehehe

 da nak sampai ni.. sikit je lagi...

THE RESTORANT  !!!

hohoho.. ad berani dtg ini restoron.. kalu haku?? kompom pengsan dolu.. menjerit2 kalah pontianak harum sundal malam.. hahaha

misteri razak baginda dan altantuya..

kisah ini adalah kisah benar yg belaku kepada razak.. jom kita ikuti kisah mendebarkan ini...
Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan.Setelah menghabiskan kerjanya , lebih kurang pukul 10 malam , dia yang berada ditingkat 8 bangunan itu bersedia hendak turun ke tingkat bawah.Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lif itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.

Apabila sampai ditingkat 35 , pintu lift terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikal mayang serta berbau sangat wangi.Razak berdiri dekat
dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakangnya.Sejurus kemudian lift itu pun turun. Ketika lift itu sedang turun,lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black-out.

Semasa dia meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu,dia berbau suatu bau yang amat busuk. Dalam kegelapan itu , pelbagai perkara bermain difikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu.Lututnya pun makin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali.

Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak giginya yang amat cantik sambil berkata : "sorry, tadi I terkentut"

 hehe.. haku sajo jo letak gambo angelina juli ni.. haku ado kowang hado??? hahaha mmg xde kaitan pun..

hahaha.. tu la kowg.. asal bace tajuk gosip je cepat je.. hahaha.. mmg betullah rakyat melaysia ni suke gosip.. hikhikhik.. ni da boleh kalahkan bollywood ni.. hehe..

Monday, July 26, 2010

kalau student nak pakai RON97 ke RON95??


haku de terbaca email dari sahabt haku tentang minyak RON95 dan RON97.. kowag tahu kan mende RON-RON ni.. baru2 ni lepas kenaikan minyak sebnyak 5 sen RON 95 adalah berharga RM1.85 dan RON 97 adalah berharga RM2.05... ada org kata nak jage enjin baik pakai ROM 97 tp dr artikel dalam surat kabo kate RON 95 pun da cukup bagus.. pastu aku de dapat plak email kate RON 95 mudah terbakar?? wah takut haku... ajal maut mmg la ditangan tuhan.. tapi klu x usaha x leh gakk kan kan kan..hehehe... tapi klu standart student perasan kaya mcm haku!!hahaha pakai kete atau moto mane mampu lol mau pakai RON 97.. wat everpun lets we read.. harap boleh diambil manfaat.. renung2 kan dan selamt beramal!!!.. ohh yeaaahh.. hehehe

ni la aku ngan tawan haku.. rempitan sejati.. hehe
Photobucket
_______________________________________________________________________________
Subject: RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.

Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?

Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.

Ikuti komen-komen berkaitan RON 95 dan berita kereta terbakar apabila kemalangan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/ron-95-mudah-meletup-bila-kemalangan.html

Kenapa RON 95 Mudah Meletup ?

Assalamualaikum,

Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.

RON 95
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena)....Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)

Sekadar berkongsi...Wallahualam

artikel diawal kemuncalan RON 95
 http://www.malaysiakini.com/news/104113
 
Petrol RON95 diperkenalkan hari ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.



Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apabila digunakan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.
 Ismail berkata serentak itu RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran.

Katanya sesuai dengan status sebagai produk premium, harga RON97 tidak akan dikawal oleh kerajaan berbanding RON95 yang merupakan produk harga tetap.

Menurut Bernama, Ismail berkata, kenaikan harga RON97 di pasaran tidak perlu membuatkan rakyat berasa panik kerana RON95 menawarkan kualiti dan prestasi yang sama hebatnya.

"Walaupun harga RON95 agak tinggi berbanding RON92 yang dijual pada harga RM1.70 seliter, namun ia lebih berkualiti dan dari segi prestasi, ia jauh lebih baik berbanding RON92," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, keupayaan RON95 yang lebih tinggi membolehkan ia digunakan pada semua jenis kenderaan, termasuk kereta mewah yang diimport dari luar negara.

"Semua kereta boleh guna RON95 termasuk kereta yang berkuasa tinggi, berjenama mewah dan sebagainya. Jika sebelum ini kereta-kereta dari jenis itu menggunakan petrol RON97, kini mereka boleh beralih kepada RON95 yang lebih murah.

"Agensi kerajaan berkaitan menyokong penjualan RON95 malah perbincangan bersama industri kenderaan bermotor mendapati kebanyakan enjin yang diguna oleh kenderaan di negara ini sesuai menggunakan RON95," kata Ismail.

Kerajaan juga, katanya masih meneruskan pemberian subsidi kepada penjualan petrol sebanyak tiga sen seliter. 


_______________________________________________________________________________

haku pun x to betul ke x... tapi kalu da cukup duit dan terlebih2 x salahkan pakai RON 97 walaupun student  hehehe... untuk kete dan moto haku?? kalu kowg tanye.. mesti la RON 95 hahaha.. RON 97 kalu da tersilap lorong alang2 malu isik je la.. padahal dalam hati sudah sumpah seranah kat diri sendiri (tu la pakai masuk je.. ngok la ko ni suwaibah.. aisshhh.. da sikit miyak.. ko tuh jgan kate sedare sultan brunei sedara syed mokhtar albukhari pun jauh sekali!!.. haaiisshhh... )



GOOD MORNING MALAYSIA!!

good morning malaysia.. salam pagi isnin..!!! hehehe


Photobucket
comel x saye!! hahaha 

Bagaimana menyayangi seseorang.....


  •  Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa
  • Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain
  • Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
  • Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  • Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
  • Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
  • Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
  • BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
  • Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
  • Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Photobucket
Kerana “DIA” insan terpilih…

Sunday, July 25, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

pepatah karam atas kapal.. hahaha

harap maaf tajuk yg memmg x de kaitan.. hahaah... yeahh.. haku nak share email yg haku dapat dR tawan haku.. gelak sowg2 haku bace... 

harap maaf gamba x de kaitan.. hehehe
  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
  2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
  3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
  4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
  5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
  6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
  7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
  8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
  9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
  10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
  11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
  12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
  13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
  14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
  15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti- nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
  16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
  17. Tempat jatuh lagikan d**enang inikan pula tempat kena saman.
  18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
  19. Biar lambat asalkan perlahan.
  20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
  21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata- rata.
  22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
  23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
  24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
  25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
  26. Takkan lari gunung d**ejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
  27. Patah tumbuh, hilang report polis.
  28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
  29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
  30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
  31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
  32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
  33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
  34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la
  35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
 

jualan handbang kulit ori dari kilang!!!

yeah.. kepada sesape yg beminat pada handbang ori kulit boleh la hubungi saye untuk keterangan lanjut melalui shout box yg disediakan dlam blog ini.. sebelum itu saye akan pamirkan dolu cara pembuatan kulit handbag tersebut.. kemudian anda fikir2 fikirkanlah dan selamat beramal.. hehehe kalau x lalu sila truskan scroll ke bawah bacaan anda!!


sekian saje dari haku di hari yg indah ini... ini haku peroleh melalui kawan bahek saye amryana.. hehehe..