sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Thursday, January 7, 2010

nasihat 2: Adab dan nasihat untuk bertaqwa..

wahai anakku:

Allah mengetahui apa yang terlintas dan tersirat dalam hatimu.Allah mengetahui apa yang engkau lakukan sama ada yang terang dan yg sulit. oleh itu hendaklah engkau takut kepada Allah (bertqwa). jauhkanlah diri engkau daripada perkara yang mendatangkan jenayah dan mksiat. sebagaimana firman Allah SWT:

ertinya:
"Dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patutlah laranganNya.
(Surah al-Hashr : Ayat 7)

peliharalah dirimu dari kemurkaan Allah. Ingatlah Allah SWT telah menghidupkan engkau, Allah telah memberikan akal, Allah telah memberi rezeki, kepada Allah jualah semuanya kembali.

Firman Allah SWT:
ertinya :
oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: subhanAllah) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Surah Yasin :Ayat 83)

oleh itu uruslah dirimu berasaskan akidah dan syariah Allah. Sekiranya engkau takut kepada bapa engkau maka apabila engkau melakukan kesalahan, maka engkau hendaklah lebih takut kepada Allah yg sebenar-benarnya pembalasan. berbuat baiklah kerana Allah melihat apa jua yg engkau lakukan, jika baik perbuatan kamu maka baiklah balasannya, jika jahat maka jahatlah pula balasannya.

Firman Allah SWT:
Ertinya:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalanya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)!
(Surah al-Zalzalah : Ayat 7-8)

Rasulallah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
Bahawasanya Allah tidak melihat kepda rupa paras kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan perbuatan kamu.

wahai anakku:

Azab Allah itu mata keras. oleh itu jauhkanlah segala tegahanya dan perbuatan yang menyebabkan ia murka. yakinlah bahwa taat kepada Allah itu adalah satu kelazatan dan kesenangan. ketaatan itu tidak diberi atau diperoleh melainkan dengan melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. memang untuk taat kepada Allah dan RasulNya pada tahap permulaan agak susah dn berat. tetapi jika engkau latih, engkau asuh, engkau sabar, insya'Allah ianya akan menjadi senag dan akan menimbulkan satu kelazatan hidup yang tidak ada bandingannya.

Wahai ankku:

Cubalah engkau lihat kejadian diri engkau dengan teliti, sudah tentu terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan. setiap hari engkau pergi ke sekolah, disana engkau belajar menulis, membaca, mengarang, mengira dan mengahfal ayat-ayat al_Quran. Engkau patuhi segala arahan guru dan engkau pelajari. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Lantas, engkau sekarang berada didalam gedung ilmu pengetahuan, tidak lama lagi engkau akan menjadi mahasiswa dan berkelulusan tinggi. segala cita2 engkau akn tercapai. ilmu yang engkau capai itu akan menjadi sebaik2 jalan untuk bertaqwa.

tahukah engkau, bahaw asas taqwa kepada Allah SWT itu ialah mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, puasa, zakat, dan mengerjakan haji disamping amal soleh yang lain. ketahuilah bahawa taqwa itu amat luas pengertiannya, ia meliputi seluruh amal kebajikan dan kebaikan. oleh itu janganlah engkau lali dan mals. akan tetapi berlaku adillah kepada diri engkau dan semua makhluk Allah. Janganlah siksa dan mengkhianati mereka. Asuhlah jasmani dan rohani engkau dengan berzikir dan amalan2 yg baik lagi terpuji.

wahai anakku:

Jagalah akal dan hati engkau baik-baik. Janganlah kau minum arak dan menghisap dadah serta melakukan perbuatan2 lain yg diharamkan Allah SWT, ini kerana perkara2 tersebut akan merosakkan aqidah dan syariat kamu terhadap Allah.

Rasulallah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah SWT di mana-mana engkau berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mana kebaikan itu boleh menghilangkan kejahatan".

dipetik dari:
SAKIT:apakah ubatnya
PENELITIAN DARIPADA AL-QURAN & HADIS NABI S.A.W

himpunan cipta :
WAN MD JAMAL BIN HJ. WAN MD SAMAN
____________________________________________________________________________________

bersihkanlah hati ku untuk menerima ilmu...
anakhamja eternally..

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bagsu nasihat tue...
amin...

anak_hamja said...

yg baik dtg dari Allah yg buruk tu dr kelemahan kita.. amiklah apa yg baik disini..

kredit: untuk penulis buku niyh..