wahai anakku:
semoga kamu sekalian diberi Allah hidayah dan taufik didalam mengerjakan amalan yg baik. bagiku engkau adsalah anak (murid) yg aku sayangi. aku gembira jika engkau berada didalam sihat walfiat, kesejahteraan, kuat semangat dan mempunya budi pekerti yg mulia. bergaullah dengn kawan-kawanmu secara lemahlembut, senyum selalu, kasih mesra khususnya ibu bapa. dahulukanlah pertolongan kepada org yg lemah dan miskin, maafkanlah kawan-kawan dan musuh yg berlaku kasar kepada engkau kerana Allah berfirman;
ertinya:
".. dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan) dengan cara yang lebih baik..."
(Surah al-Nahl : ayat 125)
jauhkanlah dari sifat dan perkataan yg kasar kerana ia membawa kepada perbalahan. bersegerakanlah melakukan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, apabila sampai hisabnya dan tunaikanlah ibadat haji apabila ada keupayaan pergi ke Baitullah al-Haram.
wahai anakku:
kalaulah engkau boleh menerima nasihat dari penasiht lain, maka ku sebagai gurumu lebih berhak memberi nasihat kepada engkau kerana aku adalh guru dan pengasuh kepada kalian.
wahai anakku:
guru tidak berhajat dari muridnya pembalasan dan apa-apa jua pun. guru hanya mahukan muridnya berada dlm kebaikan. sentiasa berpegang dengn akhlak dan budi pekerti yg mulia serta maju dlm pelajaran pada setiap masa.
sukakah engkau kepada guru yg selalu memberi tunjuk ajar nasihat dan kadang-kadang marah kepada engkau? kalaulah engkau tidak suka guru marah kepada engkau, maka hendaklah dirimu sentiasa mencari keredaan guru kerana keredaan guru terhadap dirimu besar ertinya dalam kehidupanmu. guru adalh diibaratkan cahaya terang yg menerangi alam, khususnya alam kehidupan engkau.
wahai anakku:
amatlah baik dan mulia jika engkau berpegang serta beramal dengan sifat2 mulia yg disebutkan ini:
- bersifat benar didalam segala percakapan.
- bersifat amanah didalam semua perkara.
- bersifat menyempurnakan.
- bersifat berani kerana benar, takut kerana salah.
- bersifat belas kasihan kepada mkhluk Allah.
- bersifat sabar dalam segala dugaan dan perjuangan.
- bersifat mulia hati.
- bersifat jujur dan tegas.
- bersifat zuhud dengan apa yang Allah kurniakan.
- bersifat pemaaf
- bersifat lemah lembut
- bersifat bersih.
- bersifat rendah diri.
- bersifat bijaksana dalam segala urusan.
- bersifat ikhlas dalm pekerjaan.
- juga sifat-sifat lain yg mulia dn semua sifat yang dinyatakan itu pasti dapt menyuburkan iman anak-anak.
- pecah amanah apabila diamanahkan.
- dusta apabila bercakap.
- khianat apabila berjanji.
- takut untuk menegakkan kebenaran.
- hasad dengki.
- sombong takbur, angkuh.
- pemarah.
- pemals, kurang dedikasi dan cita-cita.
- segan bertanya dan malu belajar.
- rasuah dan kebendaan.
- suka mengata orang.
- suka membuat fitnah.
- bersifat boros dan membazir.
- bersifat suka melakukan jenaayah dan maksiat seperti berzina, minum arak, dadah, mencuri atau merompak dan membunuh.
SAKIT:apakah ubatnya
PENELITIAN DARIPADA AL-QURAN & HADIS NABI S.A.W
himpunan cipta :
WAN MD JAMAL BIN HJ. WAN MD SAMAN
____________________________________________________________________________________
post pertama pada tahun 2010.. harap menjadi teladan yg baik buta diriku dan siapa2 yg membaca.. semoga kita semua selalu dirahmati dan berada dlm rahmatny.. insyaallah..
0 comments:
Post a Comment