sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Monday, July 26, 2010

kalau student nak pakai RON97 ke RON95??


haku de terbaca email dari sahabt haku tentang minyak RON95 dan RON97.. kowag tahu kan mende RON-RON ni.. baru2 ni lepas kenaikan minyak sebnyak 5 sen RON 95 adalah berharga RM1.85 dan RON 97 adalah berharga RM2.05... ada org kata nak jage enjin baik pakai ROM 97 tp dr artikel dalam surat kabo kate RON 95 pun da cukup bagus.. pastu aku de dapat plak email kate RON 95 mudah terbakar?? wah takut haku... ajal maut mmg la ditangan tuhan.. tapi klu x usaha x leh gakk kan kan kan..hehehe... tapi klu standart student perasan kaya mcm haku!!hahaha pakai kete atau moto mane mampu lol mau pakai RON 97.. wat everpun lets we read.. harap boleh diambil manfaat.. renung2 kan dan selamt beramal!!!.. ohh yeaaahh.. hehehe

ni la aku ngan tawan haku.. rempitan sejati.. hehe
Photobucket
_______________________________________________________________________________
Subject: RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.

Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?

Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.

Ikuti komen-komen berkaitan RON 95 dan berita kereta terbakar apabila kemalangan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/ron-95-mudah-meletup-bila-kemalangan.html

Kenapa RON 95 Mudah Meletup ?

Assalamualaikum,

Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Reaserch Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Pernomboran RON menunjukkan semakin tinggi nilai RON semakin banyak jumlah iso-octane yang terdapat di dalam minyak RON berkenaan. Ini bermakna, RON 97 lebih baik daripada RON 95 kerana RON 97 mempunyai kandungan octane lebih banyak daripada RON 95.

RON 95
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena)....Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)

Sekadar berkongsi...Wallahualam

artikel diawal kemuncalan RON 95
 http://www.malaysiakini.com/news/104113
 
Petrol RON95 diperkenalkan hari ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.



Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Apabila digunakan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.
 Ismail berkata serentak itu RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran.

Katanya sesuai dengan status sebagai produk premium, harga RON97 tidak akan dikawal oleh kerajaan berbanding RON95 yang merupakan produk harga tetap.

Menurut Bernama, Ismail berkata, kenaikan harga RON97 di pasaran tidak perlu membuatkan rakyat berasa panik kerana RON95 menawarkan kualiti dan prestasi yang sama hebatnya.

"Walaupun harga RON95 agak tinggi berbanding RON92 yang dijual pada harga RM1.70 seliter, namun ia lebih berkualiti dan dari segi prestasi, ia jauh lebih baik berbanding RON92," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, keupayaan RON95 yang lebih tinggi membolehkan ia digunakan pada semua jenis kenderaan, termasuk kereta mewah yang diimport dari luar negara.

"Semua kereta boleh guna RON95 termasuk kereta yang berkuasa tinggi, berjenama mewah dan sebagainya. Jika sebelum ini kereta-kereta dari jenis itu menggunakan petrol RON97, kini mereka boleh beralih kepada RON95 yang lebih murah.

"Agensi kerajaan berkaitan menyokong penjualan RON95 malah perbincangan bersama industri kenderaan bermotor mendapati kebanyakan enjin yang diguna oleh kenderaan di negara ini sesuai menggunakan RON95," kata Ismail.

Kerajaan juga, katanya masih meneruskan pemberian subsidi kepada penjualan petrol sebanyak tiga sen seliter. 


_______________________________________________________________________________

haku pun x to betul ke x... tapi kalu da cukup duit dan terlebih2 x salahkan pakai RON 97 walaupun student  hehehe... untuk kete dan moto haku?? kalu kowg tanye.. mesti la RON 95 hahaha.. RON 97 kalu da tersilap lorong alang2 malu isik je la.. padahal dalam hati sudah sumpah seranah kat diri sendiri (tu la pakai masuk je.. ngok la ko ni suwaibah.. aisshhh.. da sikit miyak.. ko tuh jgan kate sedare sultan brunei sedara syed mokhtar albukhari pun jauh sekali!!.. haaiisshhh... )



8 comments:

faiz said...

student RON95! huhu...

anak_hamja said...

faiz: yeahh.. hehehe.. student mampu RON95 je.. hehe

Fuck-iez said...

haku pakai ron97
walaupun isi rm5 je
lebih kilometer dengan ron97

anak_hamja said...

pembunuh senyap:ohh.. ye ke walaupun miyak die sikit tapi lg jauh ye kite leh gerak.. ohh.. ini informasi baru ni..

Qastalani® said...

minyak tanah kira kategori RON berapa kah? itu lg mudah terbakar kan? kalo hati terbakar itu kira fluid kita nih RON berapa pulak ye?

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bawak beskal la...
sehat sket..
senang..
;)

anak_hamja said...

MissQ: oh minyak tanah caye x buat kajian lagi.. mungkin bukan RON.. tapi mung RAN RIN RUN... hehehe.. kalau hati tebakar tuh cepat2 la padam gune RON alwuduk.. insyaallah berkesan.. jngn terbakar2 k.. relex n cool je...

anak_hamja said...

senje: bagus2 tapi ko bawak lu.. baru haku ikut.. hehehe