sila tinggalkan blog anda, saya akan melawat kembali!!

Pages

Monday, July 5, 2010

donut buatan sendiri...

aktiviti masak2 haku pabila pulang... yeyeye.. jom try wat donut!!!!... haku da try dah mnde ni.. so senang u alllssss... hehehe.. boleh try... ni antara ramuan yg haku gune...
before ni bahan die..

  1. Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram) 
  2. Gula Pasir 7 sudu besar 
  3. tepung gandum 1 kg
  4. Garam Halus 1 sudu kecil
  5. Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  6. Marjerin 1 cawan
  7. Telur 2 biji 
  8. Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil 
  9. Air secukupnya


cara memasak..

Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.


Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.

Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.



Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.



Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
 
 
Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.



Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
 
Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.



 
Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul.
Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.

Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.

Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.


so dah siap.. boleh la hias die atas pinggan... heheh

tulah die care nak wat.. siap haku letak rupe die cane.. hehe...

actually haku gunakan gelas sebagai pencetak dan botol kicap kosong sebagai penggelek akibat x jumpe roller yg betul sbb umi haku g keje.. so haku dan sepupu mereke gune botol kicap yg da besih... Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.



Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol kicap td..,


Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah buat lubang tengah pulak.. lobang tgh tuh biar je.. goreng kecik2 bulat.. kalu ad budak2 bg donut kecik2 je..  Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat mcm gmba kat atas.

haku dah cuba sendiri resepi ni. gerenti donut tu insya’allah lembut dan sedap! Orang tak ada gigi pun boleh makan! 1 kg tepung gandum akan menghasilkan kira-kira 50 -70 biji donut! (Bergantung kepada saiz pencetak)
haku yg rajin...
 

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mudah...
;)

~ diyana nordin ~ said...

wahh,, peberet sye nih,, nk wat laa,, tp sye xde acuan donut tuh,, kne g beli dlu r cmni,,

anak_hamja said...

senje: selamat mncube..

noody: ala pakai botol kicap suwde...